Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan iPhone 8 dan iPhone 7 kini lebih rendah

Selepas pelancaran Apple iPhone Xs, Xs Max dan iPhone Xr, harga penjualan model lama iPhone iaitu iPhone 8 dan iPhone 7 telah menerima potongan harga di pasaran tempatan.

Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 4,135

Tinjauan kami di stor rasmi Apple  menunjukkan bahawa harga iPhone 7 kini bermula dari RM 2,199 (RM 2,593)sahaja bagi versi 32GB manakala iPhone 7 Plus bagi kapasiti yang sama pula ditawarkan pada harga RM 2,749(RM 3,159)

iPhone 7 versi 128GB kini ditawarkan pada harga RM 2,649( RM 3,065)manakala iPhone 7 Plus versi 128GB hadir dengan harga RM 3,199(RM 3,631).

iPhone 8 kini hadir dengan harga RM 2,899 (RM 3,442) iaitu bagi versi 64GB manakala iPhone 8 Plus 64GB hadir dengan harga RM 3,299 (RM 3,914).

iPhone 8 versi 256GB kini ditawarkan pada harga RM 3,599 (RM 4,150) manakala iPhone 8 Plus bagi kapasiti yang sama hadir dengan harga RM 3,999  (RM 4,612).

Selain itu, penjualan Apple iPhone X telah dihentikan dan turut menerima nasib adalah iPhone 6 dan iPhone SE yang merupakan dua model terakhir dengan bicu audio 3.5mm.

*harga didalam () adalah harga sebelum ini.

Apple iPhone Xr dilancarkan dengan harga lebih murah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.