Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 4,135

Apple secara rasminya telah melancarkan generasi baru iPhone yang dikenali sebagai iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr

Tiga model iPhone ini hadir dengan reka bentuk seperti Apple iPhone X yang merupakan telefon pintar pertama Apple dengan skrin paparan OLED.

Bercakap mengenai Apple iPhone Xs dan Xs Max ianya hadir dengan skrin paparan Super Retina OLED berukuran 5.8-inci dan 6.5-inci.

Selain itu, Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max juga akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk ditawarkan di pasaran dengan pemproses 7nm iaitu A12 Bionic ( Kirin 980 turut hadir dengan cip 7nm).

Apple iPhone Xr dilancarkan dengan harga lebih murah

Apple iPhone Xs dan Xs Max hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli, gelas paling lasak pernah digunakan pada peranti Apple dan pensijilan IP68 (2 meter untuk 30 minit).

Kedua-dua model ini turut hadir dengan sensor kamera 12MP + 12MP yang baru dengan dwi-OIS dan sokongan pengambilan gambar portrait dengan mod untuk melaras aperture selepas gambar diambil.

Kamera selfie iPhone Xs dan iPhone Xs Max adalah 7MP yang turut hadir dengan teknologi FaceID yang lebih maju.

Apple iPhone Xs hadir dengan jangka hayat bateri yang lebih baik iaitu 30 minit lebih lama dari iPhone X manakala iPhone Xs Max yang hadir dengan kapasiti bateri terbesar pada iPhone mampu menawarkan sehingga satu jam 30 minit lebih lama berbanding iPhone X.

Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max turut hadir dengan Neural Engine yang lebih baik, pembesar suara stereo yang lebih kuat, Bluetooth 5.0 dan sokongan dwi-SIM (e-SIM + SIM).

Selain itu, versi dwi-SIM dengan DSDS akan ditawarkan dipasaran China sahaja buat masa ini.

Apple iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu emas, hitam dan putih dengan tiga pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB, 256GB dan 512GB.

Beriku adalah harga penjualan iPhone Xs dan iPhone Xs Max :

iPhone Xs 64GB – $999 (RM 4,135)

iPhone Xs 256GB – $1,149 (RM 4,757)

iPhone Xs 512GB – $ 1,349 (RM 5,585)

iPhone Xs Max 64GB – $1,099 (RM 4,550)

iPhone Xs Max 256GB – $1,249 ( RM 5,170)

iPhone Xs Max 512GB –  $1,449 (RM 5,998)

Tempahan akan dibuka mulai 14 September dipasaran utama dunia sebelum penjualan bermula 21 September ini.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan ditawarkan di Malaysia namun penghujung bulan Oktober atau awal November dilihat sebagai jangka masa yang realistik.

Comments

comments