Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone Xs mungkin turut hadir didalam versi dwi-SIM

Apple iPhone Xs mungkin turut hadir didalam versi dwi-SIM 1

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kewujudan model iPhone pertama dengan sokongan dwi-SIM nampaknya adalah realiti yang sudah pasti disambut baik.

Jika sebelum ini, hanya satu daripada tiga model iPhone 2018 (iPhone 9) dikatakan akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, gambar yang dimuat turun oleh syarikat telekomunikasi di China memberikan kita bukti bahawa salah satu daripada model iPhone Xs atau iPhone Xs Max juga akan memiliki versi dwi-SIM.

Apple iPhone Xs mungkin turut hadir didalam versi dwi-SIM 2

Selain itu, versi dwi-SIM bagi kesemua model ini nampaknya mungkin eksklusif bagi pasaran China sahaja dan akan menyokong rangkaian 4G pada kedua-dua slot SIM.

Selain pelancaran tiga model iPhone iaitu iPhone 9, iPhone Xs dan iPhone Xs Max, Apple dijangka akan memperkenalkan jam pintar Apple Watch Series 4 dan Apple iPad yang baru.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.