Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus menawarkan diskaun menarik bagi ZenFone 5z dan Max Pro M1 di Lazada 9.9

Kempen penjualan Lazada 9.9 akan berlangsung pada esok dan Asus adalah antara syarikat yang mnyertai kempen penjualan e-perdagangan yang turut dianjurkan oleh Shopee.

Kempen Shopee 9.9 kembali lagi dengan diskaun sehingga 99%

Asus akan menawarkan dua telefon pintar terhangat dimereka pada harga istimewa iaitu Asus ZenFone 5z dan Asus ZenFone Max Pro M1.

ULASAN : Asus ZenFone 5z – telefon pintar flagship dengan pemproses Snapdragon 845 termurah dipasaran

Bercakap mengenai Asus ZenFone 5z, ianya akan ditawarkan pada harga RM 1,699 sahaja iaitu bagi versi 6GB + 128GB dan turut hadir dengan Lazadacare. ( harga penjualan asal adalah RM 1,899).

ASUS x Lazada – ZenFone 5z 9.9 Promosi

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 yang merupakan antara telefon pintar terbaik pada tahap harga bawah RM 1,000 turut ditawarkan pada istimewa dan ianya adalah bagi versi 6GB RAM + 128GB memori dalaman.

Asus ZenFone Max Pro M1 in hadir dengan harga RM 899 sahaja iaitu RM 100 lebih rendah berbanding harga penjualan asal.

Perbezaan antara Asus ZenFone Max Pro M1 versi 3GB dan 6GB RAM

Sempena 9.9 ini, Asus juga telah menyediakan satu kod bauchar terhad bernilai RM 50 dan ianya boleh digunakan dengan pembelian RM 800 dan ke atas dan kod itu boleh digunakan serta merta dengan memasukan : ASUS99RM50

ASUS x Lazada – ZenFone Max Pro 6GB 9.9 Promosi 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.