Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Model Apple iPhone 6.5-inci akan dikenali sebagai iPhone Xs Max

Majlis pelancaran generasi Apple iPhone yang baru akan berlangsung pada 12 September ini dan semakin kita menghampiri hari pelancaran, lebih banyak maklumat mengenai model-model iPhone ini mula diketahui.

Apple dilihat akan memperkenalkan tiga model iPhone tahun ini dengan model paling murah dijangka akan dikenali sebagai Apple iPhone 9 manakala dua model iPhone yang akan hadir dengan skrin paparan OLED akan dikenali sebagai iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Apple iPhone 9 juga dikatakan akan hadir didalam beberapa warna yang tidak pernah ditawarkan pada iPhone sebelum ini iaitu warna merah, biru dan banyak lagi.

Selain itu, iPhone 9 juga akan menjadi satu-satunya model iPhone 2018 yang akan hadir dengan sokongan dwi-SIM dan ianya mungkin ditawarkan di pasaran China sahaja.

Kesemua model iPhone ini akan hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan iPhone X dan dengan teknologi Face ID.

Apple iPhone Xs Max adalah moniker penamaan baru daripada syarikat Cupertino ini kerana kebiasaanya model paling mahal akan hadir dengan nama Plus.

Apa pun nama, segala persoalan mengenai Apple iPhone 2018 akan terjawab minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.