Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda tidak lagi perlu membayar cukai SST bagi perkhidmatan prabayar telko

Anda tidak lagi perlu membayar cukai SST bagi perkhidmatan prabayar telko 1

Selepas mendapat kritikan yang hebat, kerajaan telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar cukai SST bagi perkhimatan prabayar yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, semua perkhimatan prabayar yang ditawarkan oleh syarikat telko mesti dikecualikan daripada SST walaupun sebelum ini dikenakan cukai iaitu sejak 1 September yang lalu.

Pengecualian ini termaktub dibawah seksyen 34(3)(a) akta cukai perkhimatan 2018 yang akan mula dilaksanakan hari ini (6 September 2018).

Melalui pengecualian ini, pengguna perkhidmatan prabayar daripada mana-mana telko akan menerima nilai penuh kredit yang ditambah nilai.

Kementerian kewangan telah menyeru syarikat telko untuk patuh kepada arahan ini dan bertindak dengan segera bagi memastikan pengguna tidak membayar lagi SST.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.