Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Berikut adalah 10 telefon pintar terbaik AnTuTU bagi bulan Ogos 2018

IFA 2018 tidak menyaksikan pelancaran banyak telefon pintar baharu seperti tahun-tahun sebelum ini namun senarai 10 pintar terbaik AnTuTu telah menyaksikan dua peranti baru menempatkan diri didalam kelompok eksklusif ini.

Tempat teratas telefon pintar terbaik AnTuTu adalah telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark manakala tempat kedua kini dihuni oleh Meizu 16 Plus yang baru dilancarkan mengatasi Oppo R1, Vivo NEX, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dan Oppo Find X.

OnePlus 6 yang menduduki tangga ketiga didalam senarai AnTuTu ini jatuh ke tangga ke-7 diikuti oleh pendatang baru iaitu Samsung Galaxy Note9 yang mula memasuki pasaran bulan lalu.

Xiaomi Mi 8 dan Mi 2S menyempurkan senarai 10 peranti terbaik bagi bulan Ogos.

Kesemua 10 peranti terbaik didalam ujian AnTuTu ini adalah yang menggunakan pemproses Snapdragon 845 dan jumlah perbezaan antara kesemua model tidak begitu signifikan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.