Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X23 akan dilancarkan secara rasmi pada 6 September ini

Vivo X23 akan dilancarkan secara rasmi pada 6 September ini dan laporan terbaru memberikan kita spesfikasi penuh telefon pintar terbaru Vivo ini.

Vivo X23 dijangka akan hadir dengan skrin paparan ‘teardrop’ FHD+ Super AMOLED berukuran 6.41-inci, pemproses Snapdragon 670, 8GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,4000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Bercakap mengenai kamera, Vivo X23 akan hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 12MP Sony IMX363 yang digandingkan dengan sensor lensa lebar 13MP

Selain itu, Vivo X23 akan turut hadir dengan FunTouch OS berasaskan Android Oreo dan sensor capjari terbina pada skrin.

Vivo X23 dijangka akan ditawarkan didalam 4 warna gradasi yang menarik.

Buat masa ini masih belum ada maklumat pelancaran model ini di Malaysia namun ianya mungkin tiba selepas pelancaran Vivo V11 dan Vivo V11i pada 13 September ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.