Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : BlackBerry Key2 – peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 1

ULASAN : BlackBerry Key2 – peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional

BlackBerry jenama telefon pintar yang semakin terpinggir sejak beberapa tahun cuba tampil
lagi dengan penawaran telefon pintar dengan papan kekunci fizikal QWERTY yang merupakan antara faktor utama kejayaan BlackBerry pada masa lalu.

Kini, pasaran telefon pintar didominasi oleh telefon pintar yang mempunyai ekositem berasaskan skrin sesentuh sepenuhnya seperti Apple iPhone X dan Samsung Galaxy S9.

Ini adalah ulasan BlackBerry Key2 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga sekitar RM 2,599.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 2

Skrin paparan

BlackBerry Key2 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 4.5-inci dengan nisbah luar biasa 3:2.

Ianya memiliki resolusi yang baik iaitu 1620 x 1080 namun apabila anda membuat tontonan video 16:9, terdapat ruang hitam dibahagian atas dan bawah skrin.

Ini sudah pastinya menjadikan ruang tontonan lebih kecil pada skrin yang memang sudah kecil.

Skrin paparan ini memiliki kepadatan piksel 433ppi dan merupakan panel skrin yang baik dengan penghasilan semula warna yang tepat.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 3

Reka Bentuk

BlackBerry Key2 hadir dengan reka bentuk yang sangat menarik dan berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pengeluar telefon pintar lain.

BlackBerry Key2 memiliki panel belakang lembut dengan lekukan yang sangat selesa pada tangan dan tidak mudah tergelincir.

Selain itu, pada bahagian hadapan, panel skrin BlackBerry Key2 dipadankan dengan papan kekunci fizikal QWERTY yang 20% lebih besar berbanding BlackBerry KeyOne.

secara peribadi, kami mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan jari kami kepada papan kekunci fizikal BlackBerry Key2 ini dan pilihan untuk menggunakan skrin paparan sesentuh sudah pasti lebih memudahkan pengguna.

BlackBerry Key2 hadir dengan reka bentuk yang memfokuskan kepada penawaran pengalaman papan kekunci fizikal QWERTY yang mungkin masih mendapat tempat dikalangan peminat fanatik telefon pintar BlackBerry.

Walaupun banyak pihak melihat penawaran papan kekunci QWERTY sebagai sesuatu yang tidak penting lagi ,secara jujurnya kami pun merasakan perkara yang sama namun selepas membiasakan diri dengan papan kekunci fizikal ini, tidak banyak kesalahan ketika menaip perkataan atau apa-apa interaksi pada peranti adalah lebih tepat.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 4

Prestasi

BlackBerry Key2 hadir dengan pemproses Snapdragon 660 yang merupakan siri pemproses kelas pertengahan daripada Qualcomm.

Pemproses ini mampu melakukan tugas dengan sempurna tanpa terlalu banyak masalah.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 5ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 6

Jumlah RAM yang ditawarkan adalah 6GB dengan memori simpanan dalaman 64GB namun kelebihan kapasiti RAM yang tinggi sesuai untuk multitasking namun saiz skrin yang dimiliki Key2 tidak terlalu berguna untuk fungsi ini.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 7

Aplikasi seperti DTEK dan BlackBerry HUB sangat membantu didalam anda menjalankan tugas harian dengan lebih mudah, teratur dan selamat.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 8

Kamera

BlackBerry Key2 merupakan telefon pintar BlackBerry pertama untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera.

Ianya adalah kombinasi dwi-kamera 12MP + 12MP dengan flash LED dwi-tona.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 9

Kamera BlackBerry Key2 ini mempunyai pengambilan gambar yang baik dengan syarat pencahayaan adalah sempurna dan terdapat juga pengzooman optik 2x.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 10

BlackBerry Key2 juga hadir dengan sokongan mod portrait dan ianya sedikit mengecewakan kita kerana implentasi mod ini tidak sempurna dengan sebab utama mungkin disebabkan perisian kamera yang tidak sehebat pada peranti kelas flagship jenama lain.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 11

Kamera selfie BlackBerry Key2 adalah unit 8MP yang menawarkan kualiti gambar selfie yang memuaskan.

Kamera BlackBerry Key2 ini juga menyokong rakaman video 4K pada kadar 30fps dan HDR.

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 12

Bateri

BlackBerry Key2 hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari pengunaan tanpa sebarang keperluan untuk mengecas semula dan pengunaan slot USB-C juga sesuatu yang baik.

Dengan pemproses Snapdragon 660 yang efisen, jangka hayat bateri telah dipertingkatkan dan terdapat juga sokongan pengecasan pantas selain mod pengecasan pintar yang dikenali sebagai Boost Mode ( menurunkan prestasi peranti untuk pengecasan yang lebih pantas).

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 4

Penutup

BlackBerry Key2 adalah peranti yang memfokuskan untuk menawarkan satu pilihan kepada peminat BlackBerry untuk kembali semula ke peranti ikonik ini.

Penawaran papan kekunci fizikal pada telefon pintar pada 2018 adalah sesuatu yang jangal namun kami percaya masih ada pasaran untuk BlackBerry Key2 khususnya bagi pengguna eksekutif atau professional.

Bagi kami, BlackBerry sepatutnya memfokuskan perhatian yang lebih tinggi kepada aspek kamera dan penawaran skrin yang lebih besar yang sudah pasti mampu menarik minat pengguna Android yang lain.

Pada pendapat kami, tidak ramai yang sanggup membayar harga RM 2,599 bagi peranti BlackBerry dan syarikat ini harus menerima realiti bahawa harga adalah sesuatu yang sensitif bagi pasaran Malaysia.

Untuk kembali menambat hati pengguna, BlackBerry harus bermula semula dengan penawaran peranti mampu milik namun yang memilki spesifikasi yang baik.

Anda boleh BlackBerry Key2 di SINI.

Gambar-gambar yang diambil melalui BlackBerry Key2 :

ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 14ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 15ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 16ULASAN : BlackBerry Key2 - peranti unik di pasaran yang mampu menarik minat golongan profesional 17

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.