Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sebanyak 32 Unit Oppo F9 dijual setiap minit pada hari pertama penjualan

Oppo F9 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu telah mula dijual sejak 30 Ogos dan ianya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan.

Ketika hari penjualan, sebanyak 32 unit Oppo F9 berjaya dijual setiap 60 saat dan terdapat pelanggan setia Oppo yang beratur sejak jam 7 pagi untuk mendapatkan peranti Oppo F9 ini.

Selain itu, Oppo F9 juga merupakan telefon pintar No.1 bagi tiga syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Maxis, Celcom dan Digi ( bagi peranti pada harga RM 1,000- RM 1,500 untuk tempoh 4 hari berakhir 2 September ).

Oppo F9 adalah telefon pintar pro-selfie yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 dan ianya turut memiliki 6GB RAM dengan 64GB memori simpanan dalaman.

Spesifikasi penuh Oppo F9 boleh anda ketahui di SiNi 

beli Oppo F9 di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.