Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Play – Player Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 September ini

Honor Play - Player Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 September ini 1

Selepas kejayaan luar biasa telefon pintar gaming Honor Play di Malaysia, syarikat ini telah mengumumkan bahawa satu edisi khas telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 September ini.

Honor Play – Player Edition akan mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,299 dan setiap pembelian di Shopee atau Hihonor akan turut menerima kotak eksklusif yang mengandungi alat kawalan Ipega 9087 dan pelekat PUBG.

Honor Play - Player Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 September ini 2

Honor Play – Player Edition ini memiliki spesifikasi dalaman yang sama namun dengan reka bentuk luaran yang lebih agresif dengan corak menarik pada panel belakang selain gelung berwarna merah pada sensor kamera dan sensor capjari.

Honor Play – Player Edition ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci (2340 x 1080), pemproses kelas flagship Kirin 970 yang turut digunakan pada Honor View 10 dan Honor 10, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Honor Play - Player Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 September ini 3

Honor Play – Player Edition ini juga memiliki penambahan dari segi perisian antaranya adalah mod GPU Turbo dan sokongan AI yang menawarkan pengalaman getaran peranti 4D Smart Shock yang sama seperti Sony DualShock yang ditawarkan pada Sony PlayStation.

Ini adalah telefon pintar gaming terbaik untuk PUBG dengan harga kurang dari RM 1,300

GPU Turbo adalah satu kemaskini perisian dalaman yang mampu meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sebanyak 60% dan pada masa yang sama penjimatan tenaga sehingga 30%.

Honor Play – Player turut hadir dengan sokongan bunyi 3D Histen yang membolehkan anda menikmati pengalaman bunyi yang luar biasa sehingga anda boleh mengetahui dari arah mana peluru ditembak.

Honor Play - Player Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 September ini 4

Selain itu, Honor Play – Player Edition juga hadir dengan kamera belakang 16MP + 2MP yang memiliki teknologi AI seperti pada Honor 10, kamera selfie 16MP yang menawarkan sokongan Bokeh dan 3D portrait.

Honor Play – Player Edition boleh dibeli mulai 7 September ini di Hihonor dan Shopee dan pada 9 September, Honor Play – Player Edition bakal hadir dengan tawaran istimewa sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.