Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2018

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2018 1

Ketika pelancaran Kirin 980 di IFA 2018 malam semalam, Huawei juga telah mengesahkan bahawa Siri Huawei Mate 20 akan menjadi telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan pemproses Kirin 980 ini.

Siri Huawei Mate 20 yang akan dilancarkan secara rasmi di London pada 16 Oktober 2018.

Buat masa ini, Huawei dijangka akan melancarkan Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro dengan pemproses Kirin 980 namun model  Huawei Mate 20 Porsche Design juga dijangka akan dilancarkan.

Selain pemproses Kirin 980, Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro mungkin hadir tetapan kamera yang sama seperti pada P20 dan P20 Pro.

Bagi kita di pasaran Malaysia, Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro dijangka akan memasuki pasaran tempatan didalam masa satu atau dua minggu selepas pelancaran rasmi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.