Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 9, iPhone 9 Plus dan iPhone X Plus akan dilancarkan 12 September ini

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran akan berlangsung pada 12 September ini (1 pagi , 13 September waktu Malaysia).

Seperti setiap tahun, bulan September akan menyaksikan pelancaran generasi baru iPhone dan pengesahan ini hanya lah satu formaliti yang ditunggu-tunggu.

Tahun ini akan menyaksikan Apple melancarkan tiga model iPhone seperti tahun lalu dan kesemua mode ini dijangka akan hadir dengan reka bentuk seperti Apple iPhone X.

Tiga model Apple iPhone tahun 2018 akan dikenali sebagai Apple iPhone 9, Apple iPhone 9 Plus dan Apple iPhone X Plus.

Model Apple iPhone 9 Plus dijangka akan hadir sebagai model iPhone yang paling murah dengan pengunaan skrin LCD manakala dua model yang lain mungkin menggunakan skrin paparan OLED yang dibekalkan oleh Samsung.

Selain itu, Generasi baru Apple iPhone ini mungkin hadir dengan sensor kamera yang baru, pemproses Apple A11 Bionic dan teknologi Face ID yang lebih baik.

Apple iPhone 9, iPhone 9 Plus dan iPhone X Plus dijangka akan mula dijual dua minggu dari tarikh pelancaran.

Bagi pasaran Malaysia, bulan November mungkin menyaksikan penawaran telefon pintar terbaru Apple ini.

Majlis pelancaran Apple iPhone yang baru ini boleh ditonton di pautan ini

Comments

comments