Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V11 dan V11i akan dilancarkan di Malaysia pada 13 September ini

Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru Vivo iaitu Vivo V11 dan Vivo V11i akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 13 September ini.

Pelancaran rasmi di Malaysia ini akan menyaksikan Vivo melancarkan satu lagi telefon pintar baharu selepas melancarkan Vivo NEX beberapa minggu lalu.

Bercakap mengenai telefon pintar terbaru didalam siri V ini, ianya akan hadir dengan reka bentuk skrin ‘Halo Displya’ dengan takukan yang minima iaitu seperti pada Oppo F9 yang hadir dengan teknologi skrin ‘waterdrop’

Selain itu, Vivo V11 dan Vivo V11i juga akan hadir dengan teknologi dwi kamera, kamera selfie 25MP dengan teknologi AI, sensor capjari terbina didalam skrin seperti pada telefon pintar flagship Vivo.

 

Vivo V11 dan Vivo V11i dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang amat berpatutan dan kita mungkin menyaksikan peranti ini ditawarkan pada harga kurang dari RM 2,000.

 

Comments

comments