Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 1

TCl Communication secara rasminya telah melancarkan tiga telefon pintar Alcatel yang menyaksikan kembalinya jenama telefon pintar ini ke pasaran Malaysia setelah sekian lama.

Model Alcatel yang diperkenalkan di pasaran Malaysia adalah Alcatel 5V, Alcatel 3L dan Alcatel 1 dengan harga penjualan serendah RM 298.

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 2

Bercakap mengenai model flagship Alcatel iaitu 5V, ianya hadir dengan skrin paparan 19:9 berukuran 6.2-inci dengan resolusi HD+ (1550 x 720) dengan nisbah skrin 88%, pemproses Helio P22, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 3

Bercakap mengenai kamera, Alcatel 5V hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP + 2MP yang turut hadir dengan AI Detection, EIS dan sokongan pengambilan gambar bokeh manakala kamera selfie adalah 8MP.

Alcatel 5V turut hadir dengan sokongan sensor capjari, face unlock, Google Lens, slot microSD dan sistem operasi Android Oreo.

Alcatel 5V kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 898 dan pembelian boleh dibuat melalui wakil penjual sah produk Alcatel, 11street dan Shopee Malaysia ( warna hitam dan biru).

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 4

Bercakap mengenai Alcatel 3L pula, ianya hadir dengan skrin paparan HD+ 18:9 berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6739, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Alcatel 3L hadir dengan satu unit kamera belakang 13MP selain kamera selfie 5MP.

Alcatel 3L juga memiliki teknologi keselamatan Face Key, Bluetooth 4.2 dan slot microSD.

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 5

Alcatel 3L hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam dengan harga penjualan RM 429 dan pembelian boleh dibuat melalui 11street dan Shopee.

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 6

Mode terakhir yang diperkenalkan adalah Alcatel 1 yang hadir dengan sistem operasi Android Oreo edisi Go.

Ianya memiliki skrin paparan FullView 18:9 berukuran 5.0-inci dengan resolusi FWVGA+, pemproses MediaTek MT6739, 1GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,000mAh.

Alcatel 1 hadir dengan kamera belakang 5MP yang disertakan bersama flash LED manakala kamera hadapan adalah unit 2MP dengan flash LCD.

Alcatel 1 ditawarkan pada harga RM 298 dengan pembelian boleh dibuat di 11street dan Shopee.

Harga yang diberikan ini adalah harga sebelum cukai SST.

Alcatel kembali ke pasaran Malaysia dengan pelancaran Alcatel 5V,3L dan Alcatel 1 7

Beli telefon pintar Alcatel melalui 11street di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.