Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ini adalah telefon pintar gaming terbaik untuk PUBG dengan harga kurang dari RM 1,300

Apabila menyebut sahaja mengenai pasaran telefon pintar gaming,perkara pertama yang akan terlintas pada fikiran anda sudah pastinya harga penjualan peranti ini yang keterlaluan.

Pada segmen pasaran yang baru ini, telefon pintar gaming kelas flagship kebiasaanya hadir dengan harga RM 2,000 dan ke atas yang menyebabkan ianya berada diluar kemampuan kebanyakkan pengguna.


Walaubagaimanapun, Honor ingin merubah presepsi ini dengan pelancaran Honor Play yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,249 sahaja.

Honor Play adalah telefon pintar gaming pertama daripada Honor dan dengan pemproses kelas flagship Kirin 970 dan cipset AI, ianya adalah resepi terbaik untuk memuaskan kehendak gaming anda tanpa perlu mengeluarkan jumlah peruntukan yang besar sesuai dengan moto Honor Play iaitu #playmorepayless

Dengan spesifikasi yang dimiliki oleh Honor Play, adalah tidak harian apabila telefon pintar gaming telah diiktiraf sebagai telefon pintar terbaik bagi permainan Player’s Unknow Battle Ground atau lebih popular dengan nama PUBG dan pada masa yang sama mengekalkan moto #playmorepayless.

Dengan pemproses Kirin 970 dan cipset AI kelas flagship, Honor Play mampu memainkan kesemua permainan video yang intensif grafik tanpa sebarang masalah dan dibantu dengan GPU Turbo yang meningkatkan prestasi pemprosesan sebanyak 60% dan pada masa yang sama 30% lebih efisen.

Walaupun memiliki harga penjualan hampir 1/5 daripada Apple iPhone X, Honor Play memiliki 2.1 lebih bingkai sesaat (frame per second) ketika gaming dan 2.8 kali lebih stabil berbanding telefon pintar flagship Apple ini.

Dengan 4D Smart Shock, Honor Play juga akan memberikan anda kesan getaran pada peranti seperti permainan video konsol.

Lebih eksklusif Honor Play adalah satu-satunya telefon pintar dengan teknologi 4D Smart Shock dipasaran.

Honor Play mampu mengesan hampir 30 senario gaming yang memerlukan kesan getaran yang sesuai dengan situasi didalam permainan video tersebut.

Selain itu, Honor Play juga hadir dengan kesan bunyi 7.1 Chanel Histen Audio yang memberikan kesan bunyi gaming 3D yang membolehkan anda mengesan dari arah mana tembakan di lepaskan pada permainan video seperti PUBG.

Selain itu, ketika bermain permainan seperti PUBG, anda juga boleh mengaktifkan tetapan skrin UltraHD.

Honor Play juga memiliki mod game suite yang mana ketika anda sedang sibuk bermain permainan video, butang navigasi dan notifikasi akan di kunci manakala panggilan masuk akan timbul pada bahagian tengah tanpa keluar daripada ekosistem gaming tersebut.

Honor Play yang secara rasminya telah diiktiraf sebagai telefon pintar gaming terbaik untuk PUBG kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,249 sahaja dan kami percaya bahawa ianya adalah telefon pintar gaming dengan nilai belian terbaik di pasaran.

Honor Play ditawarkan didalam dua warna menarik iaitu biru dan ungu dan pembelian boleh dibuat di Hihonor ataupun di stor atas talian Honor Malaysia di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.