Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 1

Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo F9 ke pasaran Malaysia.

Oppo F9 seperti model lain didalam siri F hadir dengan kamera selfie kelas flagship namun berbeza pada model ini, kamera belakang turut diberikan perhatian serius.

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 2

Terus kepada skrin, Oppo F9 hadir dengan reka bentuk skrin yang sedikit unik dan dikenali sebagai ‘water drop screen’ yang mana takukan pada skrin ini berbeza daripada apa yang pernah anda lihat dipasaran.

Ianya adalah panel skrin LTPS  TFT 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080) dan nisbah skrin kepada rangka 90.8%.

Oppo F9 juga hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Oppo F9 turut hadir dengan pemproses Helio P60 dengan pengkhususan kepada tugas AI, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan sokongan kad microSD sehingga 256GB.

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 3

Bercakap mengenai bateri pula, Oppo F9 hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh yang disokong dengan pengecasan pantas VOOC yang membolehkan anda mengecas peranti 4 kali lebih pantas berbanding pengecas 5V1A ( 5 minit pengecasan membolehkan anda menikmati dua jam pengunaan).

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 4

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F9 memiliki dwi-kamera dibahagian belakang iaitu 16MP + 2MP yang turut hadir dengan sokongan AI dan mod portrait.

Kamera selfie Oppo F9 pula adalah unit 25MP dengan sokongan HDR dan AI Beautification 2.1

Oppo F9 juga memiliki slot audio 3.5mm, slot tri-SIM (dua SIM + satu microSD), Color OS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo dan Google Lens.

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 5

Oppo F9 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 30 Ogos ini dengan harga penjualan RM 1,399 didalam dua warna iaitu biru gradasi dan merah gradasi.

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 6

Tempahan akan dibuka mulai 16 Ogos sehingga 29 Ogos di kedai konsep Oppo, laman sesawang rasmi Oppo, Lazada, 11street,  Shopee dan Celcom Blue Cube.

Oppo F9 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja 7

Bagi yang membuat tempahan, anda juga berpeluang memenangi RM 999 tunai melalui cabutan yang akan diadakan pada hari pertama penjualan.

Tempah Oppo F9 melalui Oppo Onlone Store di Sini 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.