Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TM mula menaik taraf kelajuan 10x ganda percuma esok

TM Unifi akan memulakan proses menaik taraf pelan Unifi sediada dengan kelajuan baru mulai esok 15 Ogos 2018.

Perkara ini telah diumumkan sebelum ini iaitu ketika penawaran pelan UnifiBasic yang ditawarkan pada harga RM 79 sebulan.

Satu slide pembentangan kepada staff TM mengenai penaiktarafan pelan Unifi ini telah kami perolehi dan berikut adalah jumlah kelajuan pelan unifi yang baru.

Pelan UniFi 5Mbps, 10Mbps dan 15Mbps akan dinaik taraf kepada pelan 100Mbps tanpa sebarang kenaikan harga bayaran bulanan.

Pelan UniFi 30Mbps pula akan dinaik taraf kepada pelan 300Mbps manakala pelan 50Mbps dinaikan kepada 500Mbps dan akhir sekali pelanggan pelan UniFi 100Mbps akan dinaik taraf kepada pelan 800Mbps.

Selain itu, kelajuan muat naik (upload) pula dijangka kekal seperti sediada.

Naik taraf percuma ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan baru yang melanggan mana-mana pelan yang tersenarai sebelum 31 Disember 2018.

Walaupun bermula esok, harus diingat bahawa kemaksini kelajuan UniFi yang baru ini hanya akan dilakukan secara beperingkat dan jumlah kelajuan yang anda terima bergantung kepada infrastruktur TM di kawasan anda.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.