Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

telefon pintar pro-selfie Vivo V9 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 sahaja

Vivo V9 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada bulan Mac yang lalu pada harga RM 1,399 kini ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Vivo V9 ini kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja iaitu lebih murah berbanding harga penjualan asal RM 1,319 ( selepas pemansuhan GST).

Terus kepada mengenai spesifikasi, Vivo V9 hadir dengan skrin paparan Fullview FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Fokus utama telefon pintar Vivo V9 ini adalah untuk menawarkan teknologi selfie yang baik dan buktinya adalah dengan penawaran sensor kamera 24MP yang turut mempunyai sokongan pencantikan yang dikenali sebagai AI Beautification.

Kamera belakang Vivo V9 adalah sensor dwi-kamera 16MP + 5MP yang mana ianya diletakkan secara menegak sekali lagi mengikut jejak langkah Apple.

Vivo V9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,260mAh dan Android 8.1 Oreo.

Vivo V9 ini hadir didalam 4 warna iaitu hitam, biru, merah dan emas dengan pembelian boleh secara atas talian di Sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.