Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah 1

Xiaomi nampaknya semakin hampir untuk melancarkan telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 paling murah dipasaran.

Dibawah jenama Pocophone, Pocophone F1 dijangka akan dilancarkan di pasaran India dan Eropah namun begitu harapan untuk melihat telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia juga cerah memandangkan telefon pintar ini telah pun dikesan di pangkalan data SIRIM.

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah 2

Pocophone F1 dilancarkan dengan sasaran untuk menawarkan telefon pintar kelas flagship pada harga yang mampu dimiliki oleh semua.

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah 3

Selain pemproses Snapdragon 845, Pocophone F1 dijangka akan hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang ( 12MP + 5MP), kamera selfie 20MP, teknologi penyejukan berasaskan cecair dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan QuickCharge 3.0.

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah 4 Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah 5

Pocophone F1 juga akan hadir dengan dua kapasiti RAM iaitu 6GB dan 8GB dengan tiga kapasiti storan dalaman iaitu 64GB,128GB dan 256GB.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan akan bila Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi namun kita dijangka tidak perlu menunggu lama.

Bercakap mengenai harga penjualan, Pocophone F1 dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang sangat berpatutan dan mungkin lebih murah daripada Xiaomi Mi 8 yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 1) Ogos ini.

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi Mi 8 yang merupakan telefon pintar kelas flagship Xiaomi akan memiliki harga penjualan RM 1,599 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Xiaomi Mi 8 boleh anda baca di sini

Free Traffic

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.