Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch dilancarkan secara rasmi

Selain pelancaran Galaxy Note9, Samsung turut telah mengumumkan pelancaran jam pintar terbaru mereka dan ianya adalah model pengganti kepada Gear S3.

Walaubagaimanapun, jam pintar ini hadir dengan nama baru iaitu Galaxy Watch yang ditawarkan didalam dua saiz iaitu 42mm dan 46mm.

Seperti sebelum ini, jam pintar Galaxy Watch ini juga hadir dengan bezel yang boleh dipusing untuk memilih pelbagai fungsi yang ditawarkan dengan pengunaan Tizen OS.

Galaxy Watch ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 1.2-inci bagi versi 42mm dan 1.3-inci bagi versi 46mm dengan lapisan Gorilla Glass DX+, bateri berkapasiti 270mAh & 472mAh, pensijilan kali air IP69, tekanan air 5ATM dan pensijilan gred ketenteraan MIL-STD-810G.

Galaxy Watch hadir didalam versi Bluetooth dan sokongan SIM 4G LTE bagi kedua-dua saiz jam yang mempunyai GPS terbina.

Menyentuh sedikit mengenai RAM, Galaxy Watch versi Bluetooh hadir mempunyai RAM 768MB manakala versi LTE mempunyai 1.5GB RAM dengan kedua-dua mempunyai memori storan dalaman 4GB dan pemproses Exynos 9110.

Samsung Galaxy Watch ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Hitam, Emas Ros dan Perak dengan pelbagai warna tali.

Galaxy Watch ini boleh digunakan bersama peranti Android ataupun iOS.

Walaupun tempahan Galaxy Note9 telah dibuka di Malaysia, status penawaran Galaxy Watch di Malaysia masih menjadi tanda tanya namun semua sudah pasti akan terjawab ketika pelancaran Galaxy Note9 di Malaysia pada 15 Ogos ini. 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.