Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 akan mula ditawarkan di Malaysia 16 Ogos ini dengan harga dari RM 1,59

Mi Malaysia secara rasminya mengumumkan bahawa telefon pintar utama Xiaomi iaitu Mi 8 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 16 Ogos ini.

Xiaomi Mi 8 merupakan telefon pintar yang hadir dengan takukan yang menempatkan sensor pengecaman wajah yang kompleks sama seperti pada Apple iPhone X dan ianya dikenali sebagai 3D Face Unlock.

Xiaomi Mi 8 hadir dengan skrin paparan 18:7:9 berukuran 6.21-inci yang hadir dengan resolusi FHD+. Ianya adalah panel skrin AMOLED keluaran Samsung.

Selain itu, Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu UFS 64GB dan 128GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Xiaomi Mi 8 hadir dengan teknologi dwi-kamera 12 MP (f/1.8, 1.4µm) + 12 MP (f/2.4, 1.0 µm) dengan sokongan AI yang menawarkan penambahbaikan bagi lebih 200 adengan penggambaran.

Walaupun memiliki resolusi yang sama, sensor utama kamera ini dibekalkan oleh Sony (IMX363) manakala sensor telefoto dibekalkan oleh Samsung (S5K3M3).

Selain itu, Xiaomi Mi 8 juga telah menerima markah keseluruhan DxOMark sebanyak 99 mata yang meletakkanya di atas Mi Mix 2S dan juga iPhone X yang memperoleh 97 mata.

Bagi kategori gambar sahaja, Mi 8 menerima 105 mata khususnya dengan teknologi pengambaran cahaya rendah yang lebih baik.

Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan kamera selfie 20MP yang memiliki aperture f/2.0 dan dengan AI portrait selfie dan mod kecantikan AI.

Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan Quick Charge 4.0+, teknologi Dwi-GPS dan sensor capjari pada panel belakang.

Xiaomi Mi 8 akan ditawarkan didalam dua versi dengan harga penjualan seperti berikut :

Mi 8 6GB/64GB – RM 1,599

Mi 8 6GB/128GB – RM 1,899 ( ditawarkan mulai 18 Ogos ini).

Xiaomi Mi 8 ini akan ditawarkan didalam warna hitam dan biru terlebih dahulu sebelum warna putih memasuki pada bulan September.

Pembelian boleh dilakukan di Stor rasmi Mi Malaysia di Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.