Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note9 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 3,699

Samsung Galaxy Note9 telah dilancarkan secara rasmi lewat malam tadi dan pandangan awal nampaknya memberikan kita tanggapan bahawa model ini hanya hadir dengan penambahbaikan minima apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note8.

Samsung Note9 hadir dengan dimensi yang sama seperti Note8 namun dengan skrin paparan yang l Infinity Display berukuran 6.4-inci selain kapasiti bateri 4,000mAh. Ianya adalah skrin Super AMOLED dengan resolusi 1440 x 2960 dengan sokongan HDR10 dan mod Always on.

Sensor capjari Note9 kini berada pada posisi yang lebih ergonomik iaitu dibawah modul kamera yang memudahkan lagi pencapaian jari anda.

Berakap memgenai bahagian kamera pula, Samsung Galaxy Note9 hadir dengan modul kamera Galaxy S9+ iaitu sensor dwi-kamera 12MP(sensor biasa dengan aperture boleh ubah f/1.5-2.4) + 12MP (sensor telefoto).

Kedua-dua unit Kamera Samsung Galaxy Note9 ini memiliki optik pengstabilan imej dan teknologi Samsung Intelligent Camera (AI) yang mengesan adengan pengambaran, mengoptimasikan penghasilan warna, lensa kotor dan juga subjek yang telah menutup mata.

Samsung Galaxy Note9 masih mengecewakan apabila bercakap mengenai kamera selfie, Note9 masih mengekalkan pengunaan sensot 8MP dengan aperture f/1.7 dan ini mungkin untuk memberikan petunjuk jelas bahawa peranti selfie terbaik daripada Samsung adalah siri Galaxy A.

Samsung Galaxy Note9 hadir dengan pemproses Exynos 9810 Octa, hadir didalam dua konfigurasi iaitu 6GB RAM + 128GB dan 8GB + 512GB, pembesar suara stereo, pensijilan kalis air dan habuk IP68 bagi peranti dan S-Pen.

Bercakap mengenai S-Pen, ianya adalah perubahan paling drastik pernah dilakukan pada stylus ini.

Ianya mempunyai sokongan Bluetooth dan turut mempunyai fungsi sebagai butang kamera yang mempunyai jarak 10 meter dengan bateri yang mampu bertahan selama 30 minit atau 200 klik dan hanya mengambil masa 40 saat untuk dicaj penuh semula.

Samsung Galaxy Note9 juga hadir dengan sokongan Dex yang mengubah peranti anda menjadi komputer dan kini anda tidak memerlukan dok khas lagi sebaliknya hanya kable USB-C ke HDMI sahaja.

Galaxy Note9 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar namun dan kad microSD.

Samsung Galaxy Note9 ini hadir didalam warna biru laut, hitam, ungu dan tembaga.

Harga penjualan Samsung Galaxy Note9 di Malaysia adalah seperti berikut :

RM 3,699 – 6GB + 128GB

RM 4,599 – 8GB + 512GB

Tempahan akan bermula hari ini secara atas talian di Samsung Store Malaysia dan wakil penjual sah seperti Lazada, Shopee, 11street dan banyak lagi. 

Tempahan boleh dibuat mulai jam 11 pagi ini di SiNi

 

Untuk tempahan anda perlu membayar deposit RM 300 sahaja dan anda akan menerima hadiah percuma seperti berikut:

Samsung Galaxy Note9 6GB + 128GB

Samsung Gear Note9 8GB + 512GB

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.