Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-Tempahan Honor Play di Malaysia Memecah Rekod Baru

Telefon pintar gaming Honor Play telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia beberapa hari lalu dan dengan harga penjualan RM 1,249, Honor Play mempunyai potensi untuk menjadi antara telefon mampu milik paling laris di Malaysia.

Sebagai bukti, Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor Play telah memecah rekod tempahan bagi peranti Honor di Malaysia.

Honor Play yang kini mula dijual hadir dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 547 dan kini sedang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya (sehingga 14 Ogos).

Selain itu, promosi ini juga boleh dinikmati di outlet-oultet terpilih diseluruh negara.

Senarai oultet boleh anda rujuk di SiNi 

Honor Play hadir dengan harga penjualan RM 1,249 didalam dua pilihan warna iaitu biru dan ungu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.