Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Google Pixel 3 XL mula tersebar

Beberapa hari lalu Google secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie bagi telefon pintar Pixel dan Essential.

Sedikit pelik kerana kebiasaanya sistem operasi baru akan hadir dengan telefon pintar Google Pixel yang baru.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, telefon pintar Google Pixel akan hadir diddalam dua versi iaiti Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Versi XL telefon pintar Pixel 3 ini telah mula mmebuat penampilan tidak rasmi walaupun pelancaran dikatakan hanya akan berlangsung pada bulan Oktober kelak.

Menyentuh sedikit reka bentuk Pixel 3 XL ini, ianya memiliki skrin paparan FullView 18:9 atau 19:9 yang turut mempunyai notch yang juga bersaiz XL apabila dibandingkan dengan peranti Android yang lain.

Bercakap mengenai spesifikasi pula, Pixel 3 XL hadir dengan skrin paparan Quad HD+(494ppi) , pemproses Snapdragon 845, 4GB RAM dan kapasiti storan dalaman sekurang-kurangnya 64GB serta sensor capjari dibahagian belakang.

Pixel 3 XL juga hadir dengan kamera belakang yang sudah pastinya mampu untuk menduduki tangga teratas DxOMark walaupun hanya hadir dengan satu sensor

Pixel 3 XL juga akan hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie dan mungkin ditawarkan didalam beberapa warna.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.