Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli Huawei Nova 3 pada 11 Ogos ini dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM 1,000

Huawei Nova 3 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Ogos ini  satu penjualan khas akan diadakan di stor Huawei di Pavillion Elite pada jam 10 pagi (11 Ogos 2018).

Dengan berpakaian bertemakan warna merah, pembeli Huawei Nova 3 pada harga RM 1,899 akan melayakkan anda menerima hadiah percuma bernilai RM 1,000.

Antara hadiah percuma yang kami maksudkan adalah kad Nova Privilege, Huawei A2 Band, Huawei Bluetooth Earpiece AM61 dan banyak lagi( sementara stok masih ada).

Huawei Nova 3 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses kelas flagship Kirin 970 ,  6GB RAM, bateri berkapasiti 3,750mAh( dengan Huawei SuperCharge), GPU Turbo dan memori simpanan dalaman 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 3 hadir dengan sensor kamera RGB 16MP + 24MP sensor monokrom manakala kamera selfie adalah unit 24MP Fusion Pixel + 2MP yang diletakkan pada notch yang sudah sinonim dengan telefon pintar Android 2018.

Ahli kad AirAsia BIG boleh dapatkan kupon diskaun RM 500 bagi pembelian Huawei Nova 32018/08/09

Huawei Nova 3 juga hadir dengan teknologi Master AI pada kamera belakang manakala pada kamera hadapan terdapat sokongan AI Selfie Recognition dan 3D portrait lighting.

Huawei Nova 3 ini akan ditawarkan didalam warna merah, hitam dan ungu Iris.

Harga Penjualan Huawei Nova 3 adalah RM 1,899 dan anda juga berpeluang beramah mesra dengan artis popular seperti Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hafeez Mikail dan Hael Husaini.

Huawei turut berkerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week 2018 yang menyaksikan Huawei Nova 3 dan Nova 3i membuat penampilan di pertunjukan fesyen ini.

maklumat lanjut di laman Facebook Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.