Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ahli kad AirAsia BIG boleh dapatkan kupon diskaun RM 500 bagi pembelian Huawei Nova 3

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengumumkan Huawei Nova 3 yang akan dijual mulai 11 Ogos ini akan ditawarkan pada yang lebih istimewa bagi ahli kad kesetiaan AirAsia BIG LOYALTY .

AirAsia BIG LOYALTY akan menawarkan kupon RM 500 bagi pembelian Huawei Nova 3 edisi merah yang mana anda boleh memiliki telefon pintar ini pada harga RM 1,399 sahaja ( bagi 1,000 ahli AirAsia BIG yang pertama yang beli secara online di laman sesawang Huawei).

Selain itu, pembeli juga akan menerima 500 mata AirAsia BIG dan bagi melayakkan anda menerima kupon RM 500 ini, anda harus mengisi borang pendaftaran di https://mshop.huawei.com/my/ dan ahli kad AirAsia BIG yang pernah terbang bersama AirAsia sekurang-kurangnya sekali.

Selain itu, Huawei juga telah mengumumkan penjualan khas Nova 3 pada 11 Ogos ini dimana anda berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai RM 1,000 dengan hanya berpakaian warna merah ketika membeli Huawei Nova 3.

Maklumat lanjut mengenai promosi tersebut boleh anda baca di SiNi 

Daftar sekarang di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.