Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note9 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Ogos 2018

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan kepada kami bahawa telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note 9 akan tiba di Malaysia pada 15 Ogos 2018.

Sebelum itu, pelancaran global telefon pintar ini akan berlangsung lewat malam esok (9 Ogos 2018).

Generasi baru Galaxy Note ini akan hadir dengan beberapa ciri baru yang sudah pastinya akan menarik minat peminat telefon pintar.

Antara ciri baru yang boleh diperkatakan adalah, teknologi S-Pen yang lebih menyeluruh dan dengan kebolehan kalis air.

Selain itu, memori simpanan dalaman Galazy Note 9 dijangka lebih luas iaitu sehingga 512GB.

Dengan pelancaran rasmi akan berlangsung esok, adalah lebih baik kami memberikan spesifikasi rasmi telefon pintar Samsung Galaxy Note 9 esok.

Nantikan laporan penuh di mobilefokus.com. dan ikuti akaun Facebook MobileFokus untuk maklumat dan berita terkini dari dunia teknologi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.