Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Mi A2 – telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 1

ULASAN : Xiaomi Mi A2 – telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship

Pendahuluan

Sejak pelancaran program Android One, telefon pintar dengan sistem operasi yang asli sudah menjadi lebih berpatutan tanpa bergantung kepada telefon pintar daripada Google iaitu Nexus dan Pixel.

Antara kelebihan peranti dibawah program Android One adalah, ianya akan menerima kemaskini sistem operasi terbaru Android hampir serentak dengan Google Pixel.

Pada bulan September tahun lalu, Xiaomi telah mengumumkan telefon pintar Android One pertama mereka iaitu Mi A1 yang membawa maksud telefon pintar pertama Android One daripada Xiaomi.

Malaysia menjadi antara negara terawal untuk menerima model ini dan dengan harga penjualan RM 1,099, Mi A1 boleh dianggap sebagai antara peranti Xiaomi yang paling laris di Malaysia.

Selepas hampir setahun dipasaran, Xiaomi kini telah membawa masuk pengganti kepada Mi A1 dan model ini dikenali sebagai Mi A2 dengan lebih nilai belian namun pada masa hanya RM 100 lebih mahal berbanding Mi A1.

Mampukah Mi A2 mengatasi atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian Mi A1?, ulasan ini akan memberikan anda sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan Mi A2.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 2

Reka Bentuk Xiaomi Mi A2 dan Mi A1 dibandingkan

Reka Bentuk

Xiaomi Mi A2 hadir dengan profil reka bentuk yang hampir sama seperti Mi A1 kecuali pada bahagian modul kamera.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 3

Jika Mi A1 mempunyai panel kamera belakang secara melintang, Mi A2 hadir dengan modul kamera menegak yang mengikut permintaan di pasaran namun bonjolan kamera Mi A2 adalah sangat ketara apabila dibandingkan dengan Mi A2.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 4

Mi A2 juga memiliki sensor capjari pada panel belakang selain reka bentuk jalur antena yang lebih tersembunyi daripada pandangan mata kasar

Beralih kepada panel hadapan, Mi A2 hadir dengan skrin paparan yang lebih besar berbanding Mi A1 namun masih mengekalkan dimensi yang sama.

Mi A2 juga memiliki bibir skrin yang lebih nipis dengan saiz skrin adalah 0.49-inci lebih besar berbanding Mi A1.

pengunaan aluminium unibodi dan gelas pada Mi A2 bukanlah satu reka bentuk baru dan ianya digunakan oleh Xiaomi pada hampir kesemua siri telefon pintar mereka.

Sebagai rekod, Mi A2 juga telah kehilangan slot audio 3.5mm namun bagi memudahkan proses peralihan ini, Xiaomi turut menyertakan adapter slot audio 3.5mm ke USB-C.

Ukuran dimensi Mi A2 adalah 158.7 x 75.4 x 7.3 mm dengan berat 168gram.

Xiaomi turut menyertakan perkakas jelly bersama-sama pembelian Mi A2 dan menariknya jika anda membeli Mi A2 didalam warna hitam, anda akan menerima perkakas jelly didalam warna hitam.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 5

Skrin Paparan

Xiaomi Mi A2 hadir dengan skrin paparan Fullview 18:9 berukuran 5.99-inci dengan resolusi 2160 x 1080 piksel (FHD+).

Xiaomi harus dipuji kerana tidak terikut-ikut dengan tindakan kebanyakan pengeluar telefon pintar Android yang terlalu obses untuk meniru Apple dengan penawaran skrin paparan yang mempunyai takukan.

Skrin paparan Mi A2 ini mempunyai kepadatan piksel 401ppi.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 6

Kecerahan dan kejelasan skrin paparan Mi A2 adalah baik dan dengan ciri ‘adaptive brightness’, Mi A2 akan menyesuaikan kecerahan paparan mengikut keadaan cahaya persekitaran tanpa perlu pengguna berbuat apa-apa.

Panel skrin paparan Mi A2 ini juga dilindungi oleh gelas 2.5D Corning Gorilla Glass 5 yang telah dibuktikan tahap ketahananya.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 7

Prestasi Dalaman

Xiaomi Mi A2 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 yang hadir dengan enjin Aritifical yang semakin tinggi perananya pada telefon pintar.

Mi A2 adalah peranti Android One yang mana ini menjanjikan anda memiliki sistem operasi paling terbaru daripada Android dan versi yang ditawarkan sekarang adalah Android 8.1.0 Oreo namun kemaksini Android P akan tiba didalam masa terdekat.

Tanpa beban tambahan seperti MIUI, Mi A2 menawarkan prestasi pengunaan yang sangat lancar tanpa terlalu banyak aplikasi pihat ketiga.

Mi A2 ini hadir didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB + 64GB dan 6GB + 128GB.

Apa yang menarik adalah, Mi A2 versi 6GB + 128GB ini hadir dengan harga penjualan RM 1,199 iaitu hanya RM 100 lebih mahal berbanding Mi A1 versi 4GB + 64GB yang ditawarkan pada harga RM 1,099 (ketika pelancaran).

Mi A2 versi 4GB + 64GB pula ditawarkan pada harga RM 999 sahaja, yang mana ianya RM 100 lebih murah dari Mi A1.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 8

Kamera

Selepas menawarkan versi Android yang asli dengan spesifikasi keseluruhan yang baik, Xiaomi mempunyai ruang untuk tidak terlalu memfokuskan kepada bahagian kamera.

Namun begitu Xiaomi telah memberikan perhatian khas kepada kamera Mi A2 yang menjadikanya sebagai ciri terbaik pada telefon pintar Android One ini.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 9

Xiaomi Mi A2 hadir dengan kamera belakang 20MP + 12MP dengan teknologi AI yang mana kesemua lensa ini dibekalkan oleh Sony.

Kamera Mi A2 ini memiliki teknologi Super Lens Selection yang mana aplikasi kamera akan memilih lensa mana yang sesuai untuk diguna pakai berdasarkan keadaan semasa.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 10

Pada keadaan cahaya yang baik, lensa 12MP yang dibekalkan oleh Sony akan digunakan manakala pada waktu malam, sensor kamera 20MP yang mempunyai sensitiviti cahaya 4x lebih tinggi berbanding sensor 12MP akan mengambil alih tugasnya.

Kami sangat kagum dengan kebolehan kamera yang dimiliki oleh Mi A2 dan prestasi kamera Mi A2 ini tidak boleh dipersoalkan samada pada waktu pagi ataupun malam.

Portrait Mi A2 juga mempunyai kebolehan yang baik khususnya dengan bantuan AI yang meningkatkan lagi ketepatan kamera ini mengasingkan subjek yang perlu difokus dan latar belakang yang perlu dikaburkan.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 11

Jika Huawei P20 dan P20 Pro mempunyai mod pengambilan gambar waktu malam yang baik, Mi A2 setidak-tidaknya boleh dianggap sebagai peranti yang paling hampir menyamai kebolehan ini melalui mod malam yang dikenali sebagi “HHT”.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 12

HHT adalah mod pengambilan gambar waktu cahaya malap yang mana peranti akan mengambil beberapa gambar yang sama dan menggabunhkanya menjadi satu gambar yang lebih berkualiti tinggi tanpa terlalu banyak kekaburan.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 13

Bercakap mengenai kamera selfie Mi A2, ianya juga bukan calang-calang kamera dan dengan unit kamera 20MP, Mi A2 diletakkan terus sebagai pencabar kepada telefon pintar pro-selfie daripada Oppo dan Vivo.

Kamera selfie 20MP Huawei ini juga hadir dengan lampu LED tona lembut yang boleh digunakan ketika pengambilan selfie waktu malam.

AI turut memainkan peranan pada kamera selfie dan ianya digunakan mod beautify ( AI Beautify 4.0) selain digunakan untuk face unlock.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 14

Gambar portrait yang diambil melalui Mi A2 adalah sangat cerah dan tahap kecantikkan yang diberikan adalah tidak terlalu keterlaluan.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 15

Walaupun hadir dengan versi Android yang asli, Mi A2 masih mengekalkan pengunaan aplikasi kamera Xiaomi dan bukanya aplikasi kamera Google.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 16

Bateri

Xiaomi Mi A2 hadir dengan bateri berkapasiti 3,010mAh yang mana kapasitinya sedikit rendah berbanding Mi A1 yang memiliki bateri berkapasiti 3,080mAh.

Bateri Mi A2 ini dilihat mampu menawarkan pengguna hampir sehari pengunaan tanpa pengecasan namun pengunaan secara agresjf mungkin memerlukan anda mengecas peranti sebelum aktiviti harian anda tamat.

Xiaomi tidak menyatakan sebarang sokongan pengecasan pantas namun ianya hadir dengan plak pengecasan 5V/2A.

Lebih mengecewakan adalah apabila Mi A2 Lite yang lebih murah hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Xiaomi Mi A2 Lite akan ditawarkan di Malaysia 18 Ogos ini dengan harga RM 699

Bahagian bateri Xiaomi Mi A2 ini boleh dikatakan sebagai satu kelemahan yang pasti akan membuat ramai mempertimbangkan pembelian telefon pintar ini.

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 17

Penutup

Xiaomi Mi A2 boleh dikatakan telah berjaya menunjukkan prestasi telefon pintar yang baik sepanjang ulasan kami dan dengan Android One anda tidak perlu risau akan lag yang sering menghantui telefon pintar Android.

Jika anda masih belum pernah menggunakan telefon pintar dengan sistem operasi Android yang asli, Mi A2 mungkin merupakan telefon pintar yang menawarkan sistem operasi Android asli pada harga yang sangat berpatutan.

Dengan prestasi kamera yang baik, Mi A2 dijangka akan berjaya menambat hati pengguna di Malaysia namun bagi pengguna Mi A1, anda mungkin boleh tunggu sehingga ke pelancaran Mi A3 untuk beralih ke model Android One Xiaomi yang terkini.

Xiaomi Mi A2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 999 iaitu bagi versi 4GB RAM + 64GB storan dalaman dan RM 1,199 bagi versi 6GB RAM + 128GB storan dalaman.

Beli Mi A2 melalui Lazada di SiNi

Gambar-gambar yang diambil melalui Mi A2 :

mod malam

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 18 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 19 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 20 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 21

ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 22 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 23 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 24 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 25 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 26 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 27 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 28 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 29 ULASAN : Xiaomi Mi A2 - telefon pintar Android One dengan kamera kelas flagship 30

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.