Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 1Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor Play ke pasaran tempatan dan Malaysia adalah antara beberapa pasaran luar China yang terpilih untuk menerima telefon pintar gaming ini.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 2

Kepada spesfikasi, Honor Play ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci (2340 x 1080), pemproses kelas flagship Kirin 970 yang turut digunakan pada Honor View 10 dan Honor 10, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 3

Sebagai peranti yang memfokuskan kepada gaming, Honor Play ini memiliki banyak penambahan dari segi perisian antaranya adalah mod GPU Turbo dan sokongan AI yang menawarkan pengalaman getaran peranti 4D Smart Shock yang sama seperti Sony DualShock yang ditawarkan pada Sony PlayStation.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 4

GPU Turbo adalah satu kemaskini perisian dalaman yang mampu meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sebanyak 60% dan pada masa yang sama penjimatan tenaga sehingga 30%.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 5

Honor Play juga hadir dengan sokongan bunyi 3D Histen yang membolehkan anda menikmati pengalaman bunyi yang luar biasa sehingga anda boleh mengetahui dari arah mana peluru ditembak.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 6

Selain itu, Honor Play juga hadir dengan kamera belakang 16MP + 2MP yang memiliki teknologi AI seperti pada Honor 10, kamera selfie 16MP yang menawarkan sokongan Bokeh dan 3D portrait.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 7

Honor Play ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan ungu dengan harga penjualan RM 1,249 sahaja.

Tempahan boleh dibuat sekarang di sini dan anda akan menerima beberapa hadiah percuma daripada Honor, PUBG dan Shopee (sehingga 9 Ogos sahaja).

Penjualan rasmi akan bermula pada 10 Ogos 2018 di Lazada, Shopee, 11street, hihonor.com, stor Honor dan Senheng.

Honor akan turut mengadakan roadshow khas di IOI City Mall penghujung minggu ini.

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 8

Telefon pintar gaming Honor Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.