Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LQ Q8 diumumkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,960

LG secara rasminya telah mengumumkan LG Q8(2018) yang hadir ke pasaran dengan skrin paparan FullVision berukuran 6.2-inci dan juga pen stylus.

LQ Q8 ini tiba selepas pelancaran LG Q7 pada bulan Mei yang lalu dan ianya hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan.

Selain skrin paparan FullVision FHD+ berukuran 6.2-inci ini, LG Q8(2018) juga hadir dengan pemproses Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Pada bahagian belakang, LQ Q8 memiliki satu unit kamera 16MP dengan PDAF dan flash LED manakala pada bahagian hadapan, tugas pengambilan gambar selfie diberikan pada unit kamera 5MP yang mempunyai lensa lebar ‘Super Wide Angle’ 100 darjah.

LG Q8 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,300mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas QC 3.0, slot microSD, DTS:X 3D Surround Sound,  Hi-Fi Quad DAC, pensijilan IP68 dan MIL-STD 810G

LG Q8 ini hadir ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru dengan harga penjualan KRW 539,000 atau sekitar RM 1,960.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran LG Q8 ini ke pasaran antarabangsa

Comments

comments