Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Ogos ini pada harga RM 1,899

Huawei Mobile Malaysia kini telah mengumumkan bahawa Huawei Nova 3 akan mula dijual di Malaysia pada 11 Ogos ini dan akan ada satu penjualan khas di stor Huawei di Pavillion Elite pada jam 10 pagi (11 Ogos 2018).

Huawei Nova 3 sedikit sebanyak telah diketahui, ianya akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses kelas flagship Kirin 970 ,  6GB RAM, bateri berkapasiti 3,750mAh( dengan Huawei SuperCharge), GPU Turbo dan memori simpanan dalaman 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 3 hadir dengan sensor kamera RGB 16MP + 24MP sensor monokrom manakala kamera selfie adalah unit 24MP Fusion Pixel + 2MP yang diletakkan pada notch yang sudah sinonim dengan telefon pintar Android 2018.

Huawei Nova 3 juga hadir dengan teknologi Master AI pada kamera belakang manakala pada kamera hadapan terdapat sokongan AI Selfie Recognition dan 3D portrait lighting.

Huawei Nova 3 ini akan turut ditawarkan didalam warna merah yang dibawa masuk sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2018.

Harga Penjualan Huawei Nova 3 adalah RM 1,899 dan akan ada hadiah percuma bagi pembeli terawal di stor Huawei Pavillion Elite pada 11 Ogos ini.

maklumat lanjut di laman Facebook Huawei Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.