Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo akan mengeluarkan telefon pintar pertama didunia dengan gelas Corning Gorilla Glass 6

Oppo akan mengeluarkan telefon pintar pertama didunia dengan gelas Corning Gorilla Glass 6 1

Pengeluar gelas perlindungan telefon pintar iaitu Corning telah mengeluarkan generasi baru gelas mereka iaitu Corning Glass 6.

Corning Gorilla Glass 6 ini telah dilancarkan kira-kira dua minggu lalu dan syarikat ini kini telah mengesahkan bahawa Oppo akan menjadi syarikat pertama untuk menggunakan gelas ini pada telefon pintar mereka.

Oppo akan mengeluarkan telefon pintar pertama didunia dengan gelas Corning Gorilla Glass 6 2

Bercakap mengenai generasi ke-6 gelas Corning Gorilla ini, ianya dikatakan 2 kali lebih kukuh berbanding Gorilla Glass 5 yang diatas kertas, gelas ini mampu menahan 15 jatuhan dari ketinggian 1 meter dan lebih mudah menyerap tekanan.

Corning berjaya menghasilkan gelas yang lebih kukuh ini hasil komposisi kimia yang baru.

Oppo akan mengeluarkan telefon pintar pertama didunia dengan gelas Corning Gorilla Glass 6 3

Teka-teki mengenai model mana yang akan hdir dengan Corning Gorilla Glass 6 ini nampaknya sudah terjawab dengan Oppo R17 yang diperkatakan.

Sebagai rekod, Oppo Find X yang dilancarkan bulan lalu hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Oppo akan mengeluarkan telefon pintar pertama didunia dengan gelas Corning Gorilla Glass 6 4

Sehingga kini, gelas keselamatan Corning Gorilla Glass telah digunakan pada hampir 6 bilion peranti yang merangkumi 45 jenama utama.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.