Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple menjadi syarikat awam pertama didunia untuk mempunyai nilai $1 trillion

Apple menjadi syarikat awam pertama didunia untuk mempunyai nilai $1 trillion 1

Apple telah menjadi syarikat awam pertama didunia untuk mempunyai nilai $1 trillion.

Apple mencapai angka keramat ini pada hari khamis dengan saham Apple ditutup pada harga paling tinggi pernah direkodkan iaitu $207.39.

Saham Apple telah menunjukkan peningkatan yang baik sejak selasa lalu selepas terdapat laporan bahawa prestasi penjualan Apple bagi tiga bulan berakhir bulan Jun adalah lebih baik daripada jangkaan.

Dengan  nilai syarikat $1 trillion, Apple berjaya mengatasi pencabar terdekat seperti Amazon dan Microsoft untuk mencapai angka ini.

Jika dibandingkan sejak tahun 2007, iaitu kali pertama Apple mengeluarkan iPhone, saham Apple telah meningkat sebanyak 1,100% didalam masa 11 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Apple yang berjaya menjadi syarikat pertama didunia untuk mencapai angka $1 trillion.

dengan pelancaran generasi Apple iPhone yang terbaru bulan hadapan, nilai syarikat Apple ini dijangka akan kukuh bagi beberapa bulan yang akan datang.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.