Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A2 Lite akan ditawarkan di Malaysia 18 Ogos ini dengan harga RM 699

Xiaomi Mi A2 telah disahkan akan ditawarkan di Malaysia mulai 3 Ogos ini dengan harga penjualan dari RM 999 namun sudah pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai Mi A2 Lite yang lebih murah.

Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Mi A2 Lite akan memasuki pasaran Malaysia mulai 18 Ogos 2018 dengan harga penjualan RM 699 sahaja.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Mi A2 Lite hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.84-inci, pemproses Snapdragon 625, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB selain bateri berkapasiti 4,000mAh.

Mi A2 Lite hadir dengan kamera utama 12MP dengan PDAF + 5MP manakala kamera selfie adalah 5MP dengan teknologi selfie bokeh.

 Mi A2 Lite ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.