Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 dengan teknologi skrin water-drop akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos

Selepas baru sahaja memperkenalkan telefon pintar futuristik kelas flagship Oppo Find X ke pasaran Malaysia, Oppo nampaknya akan melancarkan satu lagi model telefon pintar didalam siri Oppo F iaitu Oppo F9.

Oppo F9 nampaknya akan hadir dengan teknologi skrin yang dikenali sebagai ‘water-drop screen’ yang mana takukan pada skrin Oppo F9 ini adalah seperti jatuhan air terjun.

Selain itu, skrin paparan Oppo F9 akan mempunyai nisbah skrin kepada rangka yang amat tinggi iaitu 90.8%

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui namun akaun Twitter rasmi Oppo India telah mendedahkan telefon pintar ini akan turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas VOOC dan sensor dwi-kamera dibahagian belakang.

Oppo F9 Pro ini akan menjadi model pertama didalam siri F untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang.

Pengecasan pantas Oppo VOOC ini disahka mampu menawarkan dua jam pengunaan peranti dengan hanya 5 minit pengecasan namun masih belum dapat disahkan samada ianya melalui slot USB-C seperti pada Find X atau masih mengekalkan pengunaan slot USB 2.0

Buat masa ini tarikh pelancaran Oppo F9 masih belum diumumkan namun ianya akan berlangsung sekitar minggu pertama bulan Ogos.

Oppo F9 ini dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan dan mungkin ditawarkan pada haega kurang dari RM 2,000

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.