Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5z mula ditawarkan secara rasmi 31 Julai ini

Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar utama mereka iaitu Asus ZenFone 5z akan mula ditawarkan di Malaysia pada 31 Julai ini.

Asus ZenFone 5z ini akan ditawarkan didalam dua kapasiti iaitu 6GB/128GB dan 8GB/256GB dengan harga penjualan RM 1,899 dan RM 2,299.

Walaubagaimanapun, Asus dengan kerjasama Lazada Malaysia akan menawarkan ZenFone 5z versi 6GB RAM dengan 128GB storan dalaman pada harga yang lebih murah iaitu hanya RM 1,699 namun ianya adalah didalam kuantiti yang amat terhad.

Pembelian pada harga istimewa ini adalah pada jam 12  tengah malam ini  ( 31 Julai 2018) dan ditawarkan di Lazada Malaysia sahaja.

Beralih kepada spesifikasi, Asus ZenFone 5z ini hadir dengan reka bentuk yang sama ala ‘iPhone X’ dengan gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Asus ZenFone 5z memiliki skrin paparan Super IPS 6.2-inci ( 2246 x 1080) dengan nisbah 19:9 selain takukan unik seperti pada iPhone X.

Asus ZenFone 5z juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP yang merupakan sensor flagship Sony IM363 selain satu sensor lensa lebar yang turut mempunyai fungsi sebagai kamera bokeh dan dengan sokongan AI.

Selain itu, Asus ZenFone 5z juga memiliki kamera selfie 8MP, bateri berkapasiti 3,300mAh dengan AI charging, pembesar suara stereo, slot dwi-SIM dan ZenUI 5.0 yang berasaskan Android Oreo.

Beli Asus ZenFone 5z pada harga istimewa di SiNi

Comments

comments