Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 1

Vivo NEX yang dilancarkan secara rasmi beberapa minggu lalu kini telah tiba ke pasaran Malaysia iaitu susulan pelancaran Oppo Find X minggu lalu.

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 2

Bercakap mengenai Vivo NEX , ianya hadir dengan skrin paparan Ultra FullView berukuran 6.59-inci, ianya adalah panel Super AMOLED FHD+ dengan nisbah 19:3:9 dan resolusi 2316 x 1080p ( nisbah skrin kepada rangka 91.24%).

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 3

Disebabkan panel hadapan dipenuhi skrin, Vivo NEX hadir dengan kamera selfie seperti periskop yang tersembunyi didalam rangka. Ianya adalah sensor 8MP dengan aperture f/2.0.

Earpiece juga telah disingkirkan dan diganti dengan teknologi Screen SoundCasting yang mampu menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik.

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 4

Vivo NEX juga hadir dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 845, 8GB RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 128GB.

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 5

Sedikit mengecewakan, kamera Vivo NEX hanya hadir dengan kombinasi dwi-kamera 12MP + 5MP yang turut disertakan pada Vivo X21 UD. Kamera ini hadir dengan sokongan AI, HDR dan penapis gambar.

Selain itu, Vivo NEX juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan pengecasan 22.5W), Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, butang fizikal bantuan suaran Jovi.

Vivo NEX akan mempunyai harga penjualan RM 2,799 dan boleh dibeli di Lazada, 11street, Shopee, Lmall, Senheng dan kedai konsep VIVO diseluruh Malaysia.

Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 6Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 5Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 8Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 9Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 10Vivo NEX dengan kamera selfie periskop kini ditawarkan di Malaysia 11

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.