Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia X5 disahkan akan memasuki pasaran antarabangsa

HMD Global telah memberikan pengesahan bahawa Nokia X5 yang dilancarkan di pasaran China minggu lalu akan turut memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Nokia X5 ini mungkin ditawarkan dipasaran global dibawah nama Nokia 5.1 Plus dan ianya telah disahkan sendiri oleh Juho Sarvikas melalui akaun twitter beliau.

Buat masa ini, Juho tidak memberikan sebarang pengesahan akan pasaran mana yang akan menerima Nokia X5 ini selepas China namun pasaran India dan Asia Tenggara dilihat antara calon yang terbaik.

Nokia X5 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.86-inci dengan nisbah skrin-kepada-rangka 84%, pemproses MediaTek Helio P60, 3GB  atau 4GB RAM yang dipadankan bersama 32GB atau 64GB storan dalaman.

FB2C2C02-5BF0-444B-95CA-D5338269472C.jpeg

Nokia X5 ini juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, kamera utama 13MP + 5MP  dengan aperture f/2.0, kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.2 yang turut menyokong mod AI Portrait.

Nokia X5 ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,060mAh, Android 8.1 Oreo namun disahkan akan menerima Android P tidak lama lagi.

Nokia X5 ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru dengan harga penjualan seperti berikut : 

Nokia X5 3GB/32GB – CNY 999 (RM 607) 

Nokia X5 4GB/64GB – CNY 1,399 (RM 851) 

 

Harga penjualan di pasaran antarabangsa masih belum diketahui buat masa ini.

Comments

comments