Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3 dan Nova 3i dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar baru didalam siri Nova dan ianya adalah Nova 3 dan Nova 3i yang mempunyai DNA yang diwarisi dari Huawei P20.

Huawei Nova 3

Huawei Nova 3 sedikit sebanyak telah diketahui, ianya akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses kelas flagship Kirin 970 ,  6GB RAM, bateri berkapasiti 3,750mAh( dengan Huawei SuperCharge), GPU Turbo dan memori simpanan dalaman 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 3 hadir dengan sensor kamera RGB 16MP + 24MP sensor monokrom manakala kamera selfie adalah unit 24MP Fusion Pixel + 2MP yang diletakkan pada notch yang sudah sinonim dengan telefon pintar Android 2018.

Huawei Nova 3 juga hadir dengan teknologi Master AI pada kamera belakang manakala pada kamera hadapan terdapat sokongan AI Selfie Recognition dan 3D portrait lighting.

Huawei Nova 3i

Jika Nova 3 dianggap sebagai versi lite bagi Huawei P20, Nova 3i adalah model yang lebih ‘lite’ dan ianya dilihat sebagai pengganti kepada Huawei Nova 2i yang dilancarkan tahun lalu.

Nova 3i adalah telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan pemproses Kirin 710 dan ianya memiliki skrin paparan LTPS Fullview FHD+ berukuran 6.3-inci dengan nisbah 19:9.

Seperti Nova 3, Huawei Nova 3i juga memiliki 128GB storan dalaman namun hanya dengan 4GB RAM, sokongan GPU Turbo ( akan ditawarkan mulai kemaskini perisian pada 8 Ogos) dan bateri berkapasiti 3,340mAh.

Pada bahagian kamera pula, Huawei Nova 3i ini memiliki kombinasi dwi-kamera 16MP + 2MP manakala kamera selfie adalah 24MP Fusion Pixel + 2MP.

Harga dan tarikh penjualan

Nova 3 dan Nova 3i hadir dengan teknologi GPu Turbo, EMUI 8.2 berasaskan Android 8.2 Oreo, slot dwi-SIM, Huawei Histen, 3D Qmoji Bluetooth 4.2 dan sensor capjari.

Huawei Nova 3i akan ditawarkan di Malaysia mulai 28 Julai 2018 dengan harga penjualan  RM 1,249 manakala Huawei Nova 3 akan ditawarkan mulai 17 Ogos pada harga RM 1,899 melalui stor rasmi Huawei, pengedar sah dan juga syarikat telekomunikasi utama.

Pada 28 Julai, 1,000 pembeli pertama Huawei  Nova 3i di roadshow yang akan diadakan di IOI City Mall akan menerima Huawei Bluetooth earpiece, jam Huawei Band A2 dan kemeja-t Nerd Unit dan pakej eksklusif tambahan bernilai RM 1,000.

Selain itu, Huawei Nova 3i juga boleh melalui pelan pembayaran mudah (EPP) selama 6 atau 12 bulan bagi pemilik kredit kad dari bank-bank utama di Malaysia.

*lebih banyak gambar akan menyusul

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.