Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5z versi 8GB RAM akan ditawarkan pada RM 2,299

 

Asus ZenFone 5z versi 8GB RAM akan ditawarkan pada RM 2,299 1

Semalam terdapat maklumat bahawa telefon pintar flagship Asus iaitu ZenFone5z akan ditawarkan di Lazada Malaysia pada harga RM 1,899 yang mana ianya dikatakan adalah versi 6GB + 64GB.

Hari ini, satu lagi ‘leak’ dari Lazada memberikan kita bukti bahawa Asus ZenFone 5z dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman akan ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 2,299 sahaja.

Asus ZenFone 5z versi 8GB RAM akan ditawarkan pada RM 2,299 2

Asus ZenFone 5z versi 6GB/64GB akan ditawarkan pada harga RM 1,899 manakala versi 8GB/256GB pula kini disahkan akan hadir dengan harga penjualan RM 2,299.

Ini juga memberikan kita petunjuk bahawa ZenFone 5z dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman akan hadir pada harga sekitar RM 2,099.

Menyentuh sedikit mengenai Asus ZenFone 5z ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super IPS berukuran 6.2-inci ( 2246 x 1080) dengan nisbah 19:9 selain lekukan seperti pada iPhone X namun pada skala yang lebih kecil. Asus ZenFone 5z ini hadir dengan nisbah skrin kepada badan yang menggagumkan iaitu 90%.

Pada bahagian dalaman, Asus ZenFone 5z ini akan hadir dengan pemproses terbaik di pasaran iaitu Snapdragon 845.

Asus ZenFone 5z versi 8GB RAM akan ditawarkan pada RM 2,299 3

Bercakap mengenai kamera, Siri ZenFone 5 ini hadir dengan dwi-kamera dengan kamera utama adalah unit 12MP yang dibekalkan oleh Sony (IM363) dengan aperture f/1.8, OIS, Dual Pixel PDAF dan satu unit kamera kedua dengan lensa lebar 120 darjah ( resolusi tidak diketahui).

Selain itu, Asus ZenFone 5z juga memiliki kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.0.

Lain-lain ciri yang dimiliki oleh ZenFone 5z adalah bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan AI), dwi-SIM, dua pembesar suara, earphone resolusi tinggi, Android Oreo dengan ZenUI 5.0.

Buat masa ini, ianya tidak dibuka untuk penjualan namun, anda boleh penyenaraianya di Lazada Malaysia pada pautan ini > ZenFone 5z 8GB/256GB

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.