Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo NEX akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia 23 Julai ini

 

Telefon pintar Vivo NEX yang dilancarkan beberapa minggu lalu kini akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 23 Julai ini.

Vivo Malaysia telah menghantar jemputan media ke majlis pelancaran Vivo NEX di Malaysia yang akan berlangsung minggu hadapan.

Pelancaran Vivo NEX akan berlangsung selepas pelancaran Oppo Find X akan diadakan pada 17 Julai.

9CDA423C-3D14-45A2-9CF6-1F5E8882261C.jpeg

Bercakap mengenai Vivo NEX , ianya hadir dengan skrin paparan Ultra FullView berukuran 6.59-inci, ianya adalah panel Super AMOLED FHD+ dengan nisbah 19:3:9 dan resolusi 2316 x 1080p ( nisbah skrin kepada rangka 91.24%).

Disebabkan panel hadapan dipenuhi skrin, Vivo NEX hadir dengan kamera selfie seperti periskop yang tersembunyi didalam rangka. Ianya adalah sensor 8MP dengan aperture f/2.0.

Earpiece juga telah disingkirkan dan diganti dengan teknologi Screen SoundCasting yang mampu menawarkan kualiti panggilan suara yang lebih baik.

Vivo NEX juga hadir dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 845, 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.

CE976DCA-BFBD-4719-AF76-4D5D8B953FDE.jpeg

Sedikit mengecewakan, kamera Vivo NEX hanya hadir dengan kombinasi dwi-kamera 12MP + 5MP yang turut disertakan pada Vivo X21 UD. Kamera ini hadir dengan sokongan AI, HDR dan penapis gambar.

Selain itu, Vivo NEX juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh ( dengan pengecasan 22.5W), Funtouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, butang fizikal bantuan suaran Jovi.

89EB5FE8-F68F-425C-9431-E50535EB4E3E.jpeg

Harga penjualan di Malaysia masih belum diketahui namun kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui harga rasmi ini.

 

Comments

comments