Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A3s akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Julai ini pada harga RM 599

Oppo A3s akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Julai ini pada harga RM 599 1

Sementara bersiap-sedia untuk pelancaran Oppo Find X pada 17 Julai ini, Oppo Malaysia telah mengumumkan satu model telefon pintar kelas ‘entry-level’ ke pasaran tempatan.

Model yang kami maksudkan adalah Oppo A3s dan ianya akan ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 599.

Oppo A3s hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.22-inci dengan nisbah 19:9 dan takukan yang menempatkan kamera selfie, pemproses Snapdragon 450 daripada Qualcomm,  2GB RAM, 16GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 4,230mAh.

Selain itu, Oppo A3s juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP + 2MP manakala kamera selfie adalah unit 8MP dengan AI Beauty Technology 2.0, slot microSD dan Color 5.1 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Oppo A3s ini juga memiliki sokongan face unlcok yang pantas dan fungsi music party.

Oppo A3s akan ditawarkan didalam dua warna iaitu merah atau ungu pekat mulai 19 Julai ini di Lazada, stor konsep Oppo, laman sesawang rasmi Oppo Malaysia, 11street dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.