Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5z mungkin ditawarkan pada harga RM 1,899 sahaja

Asus ZenFone 5z mungkin ditawarkan pada harga RM 1,899 sahaja 1

Asus Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan ZenFone Max Pro M1 dan ZenFone 5 ke pasaran Malaysia pada penghujung bulan lalu dan kedua-dua telefon pintar ini mendapat sambutan yang sangat menggalakan khususnya kerana harga penjualan yang amat berpatutan.

Sebagi rekod Asus ZenFone Max Pro (M1) hadir dengan harga penjualan dari RM 699 manakala Asus ZenFone 5 yang merupakan satu model edisi ‘lite’ telefon pintar flagship Asus hadir dengan harga penjualan RM 1,299 sahaja.

Ketika pelancaran ini, Asus telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship utama Asus ZenFone 5z akan turut ditawarkan di Malaysia dan kini maklumat harga telefon pintar ini telah diketahui melalui satu penyenaraian di Lazada Malaysia (telah dipadam).

Asus ZenFone 5z mungkin ditawarkan pada harga RM 1,899 sahaja 2

Asus ZenFone 5z akan ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ini bermaksud, ianya akan menjadi telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 termurah di Malaysia.

Menyentuh sedikit mengenai Asus ZenFone 5z ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super IPS berukuran 6.2-inci ( 2246 x 1080) dengan nisbah 19:9 selain lekukan seperti pada iPhone X namun pada skala yang lebih kecil. Asus ZenFone 5z ini hadir dengan nisbah skrin kepada badan yang menggagumkan iaitu 90%.

Pada bahagian dalaman, Asus ZenFone 5z ini akan hadir dengan pemproses terbaik di pasaran iaitu Snapdragon 845 yang disertakan dengan 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman. ( terdapat juga versi  8GB/256GB).

Asus ZenFone 5z mungkin ditawarkan pada harga RM 1,899 sahaja 3

Bercakap mengenai kamera, Siri ZenFone 5 ini hadir dengan dwi-kamera dengan kamera utama adalah unit 12MP yang dibekalkan oleh Sony (IM363) dengan aperture f/1.8, OIS, Dual Pixel PDAF dan satu unit kamera kedua dengan lensa lebar 120 darjah ( resolusi tidak diketahui).

Selain itu, Asus ZenFone 5z juga memiliki kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.0.

Lain-lain ciri yang dimiliki oleh ZenFone 5z adalah bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan AI), dwi-SIM, dua pembesar suara, earphone resolusi tinggi, Android Oreo dengan ZenUI 5.0.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.