Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X akan dibuka untuk tempahan pada 15 Julai ini

Oppo Find X telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Julai ini dan kini Oppo Malaysia telah mengesahkan tempahan bagi telefon pintar flagship ini akan dibuka mulai esok.

Mulai 15 Julai 2018, Oppo Find X akan dibuka untuk tempahan melalui Lazada Malaysia dan ianya adalah sehingga 17 Julai sahaja.

Walaupun telah mengesahkan tempahan akan dibuka pada 15 Julai ini, Oppo Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat harga dan hadiah percuma yang akan disertakan.

Pada Majlis pelancaran Oppo Find X di Malaysia, Oppo juga telah mengesahkan bahawa Find X Automobili Lamborghini akan turut membuat penampilan di sana kelak.

Majlis pelancaran Oppo Find X ini juga akan dihadiri oleh Kedaz yang merupakan ikon fotografi antarabangsa dan juga Zahira Macwilson.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.