Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 3.1 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 655 sahaja

HMD Global telah mengesahkan bahawa Nokia 3.1 kini telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga penjualan RM 655.

Pelancaran Nokia 3.1 ini tiba selepas penawaran Nokia 6.1 dan Nokia 8810 “banana” ke pasaran Malaysia minggu lalu.

Bercakap mengenai spesifikasi Nokia 3.1 atau Nokia 3 (2018), ianya adalah peranti Android One yang hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.2-inci, pemproses MediaTek 6750, 3GB RAM, 32GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 2,990mAh.

Selain itu, Nokia 3.1 ini juga memiliki kamera utama 13MP dengan aperture f/2.0, kamera selfie 8MP, Android 8.0 Oreo, slot microSD dan sokongan 4G LTE Cat.4.

Nokia 3.1 ini hadir dengan harga penjualan RM 655 dan akan hadir didalam tiga pilihan warna.

penjualan Nokia 3.1 di Malaysia telah bermula dan anda boleh mendapatkan peranti ini melalui wakil penjual peranti Nokia yang mana anda boleh melihat senarai penuh di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.