Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MediaPad M5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,499

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru mereka didalam siri MediaPad iaitu MediaPad M5 yang hadir didalam beberapa model dengan fokus utama adalah kepada pengalaman gaming yang luar biasa.

Dua model Huawei MediaPad M5 yang dilancarkan adalah MediaPad M5 Pro (10-inci) dan MediaPad M5 8.4-inci yang mana kedua-dua model ini hadir dengan skrin paparan 2K ClariVu dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

Selain itu, kedua-dua model tablet MediaPad M5 ini juga memiliki pemproses Kirin 960, 4GB RAM, 32GB/64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP dengan aperture f/2.2 dan kamera selfie 8MP.

Bercakap mengenai kapasiti bateri pula, Huawei MediaPad M5 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 7,500mAh manakala MediaPad M5 8.4-inci memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dan kesemua tablet ini juga hadir sokongan pengecasan pantas 9V/2A melalui slot USB-C.

Selain itu, kesemua tablet MediaPad ini juga hadir dengan pembesar suara stereo Harmon Kardon ( MediaPad M5 Pro memiliki 4 pembesar suara stereo), EMUI 8.0, Huawei M-Stylus ( bagi MediaPad M5 Pro sahaja), sensor capjari dan sokongan 4G LTE.

Harga penjualan tiga model Huawei MediaPad M5 adalah seperti berikut ;

Huawei MediaPad M5 Pro –  RM 1,899

Huawei MediaPad M5  – RM 1,499

Penjualan MediaPad M5 8.4-inci akan bermula mulai esok pada 13 Julai manakala MediaPad M5 akan bermula pada 25 Julai 2018.

Bagi 2,000 pembeli pertama, anda akan turut menerima satu gamepad khas dengan pembelian MediaPad M5 8.4-inci manakala bagi pembeli MediaPad M5 Pro anda akan menerima flip cover secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.