Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S9 dan S9+ kini ditawarkan didalam warna emas

Samsung Mobile Malaysia telah memgumumkan penawaran warna baru bagi telefon pintar utama mereka iaitu Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ kini ditawarkan didalam warna emas ‘sunrise gold’ yang menjadikan model ini ditawarkan didalam 4 termasuk warna hitam, biru dan ungu.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ telah dilancarkan pada bulan Mac 2018 dan penawaran warna baru ini  sudah pastinya akan meningkatkan lagi penjualan model ini.

Samsung Galaxy S9 kini ditawarkan pada harga RM 3,109 iaitu bagi versi 64GB manakala Galaxy S9+ pula ditawarkan pada harga RM 3,769 bagi versi 128GB.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ didalam warna emas yang baru ini kini sudah boleh dibeli di semua stor Samsung Experince dan juga secara atas talian di stor Samsung Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.