Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia X5 akan dilancarkan pada 11 Julai ini dengan harga dari RM 486

Nokia nampaknya sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu lagi model telefon pintar terbaru mereka ke pasaran iaitu Nokia 5.1 yang juga akan dikenali sebagai Nokia X5.

Nokia X5 dijangka akan dilancarkan pada 11 Julai ini di pasaran China dengan harga penjualan CNY 799 (RM 486) bagi versi 32GB dan CNY 999 (RM 607) bagi versi 64GB.

Nokia 6(2018) dan Nokia 8810 ‘Banana’ kini ditawarkan di Malaysia

Nokia X5 dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan skrin yang mempunyai takukan dan lakaran tidak rasmi telefon pintar ini membuktikan perkara yang sama.

Nokia X5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.86-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 660 atau Helio P60 selain kapasiti RAM yang masih belum disahkan.

Bercakap mengenai kamera pula, Nokia X5 ini akan memiliki dwi-kamera 13MP + 5MP, kamera selfie 8MP dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, bercakap mengenai generasi telefon pintar utama Nokia pula, ianya akan dilancarkan pada suku ke-3 2018 dan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 845 dan teknologi sensor capjari terbina didalam skrin.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.