Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MediaPad M5 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Julai ini

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa tablet terbaru mereka didalam siri MediaPad iaitu MediaPad M5 akan tiba dilancarkan di Malaysia pada 12 Julai ini.

Huawei MediaPad M5 ini hadir didalam tiga model iaitu M5 Pro (10-inci), M5 10.8-inci dan M5 8.4-inci yang mana kesemua model ini hadir dengan skrin paparan 2K dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

Selain itu, kesemua tablet MediaPad M5 ini juga memiliki pemproses Kirin 960, 4GB RAM, 32GB/64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP dengan aperture f/2.2 dan kamera selfie 8MP.

Bercakap mengenai kapasiti bateri pula, MediaPad M5 Pro dan MediaPad M5 10.8-inci hadir dengan bateri berkapasiti 7,500mAh manakala MediaPad M5 8.4-inci memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh dan kesemua tablet ini hadir sokongan pengecasan pantas 9V/2A melalui slot USB-C.

Selain itu, kesemua tablet MediaPad ini hadir dengan pembesar suara Harmon Kardon, EMUI 8.0, Huawei M-Stylus ( bagi M5 Pro sahaja), sensor capjari dan sokongan LTE.

Harga penjualan ketiga-tiga tablet ini masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.